Monday, 12 September 2011

Pahit Manis Si Perantau~


Assalamualaikum Semua..
Lama Dah Tak Post Apa-Apa Dekat Sinikan..Macam-Macam Dah Jadi Dengan Hidup Sya Sekarang..
 Ada Suka Ada Duka..
 
Pernah Tak Korang Rasa Tak Dihargai Sangat Dalam Hidup??
Sya Selalulu Tau..Kebanyakkan Dari Orang Yang Cakap Sayang Pada Diri Ini..
Tapi Beberapa Hati Ini, Insan Tu Menyatakan Sesalan Atas Keputusan Dia Meninggalkan Sya Jauh Dari Hidup Dia..
Sesalan Dia Tu Benar-Benar Ikhlas Ke??
Atau Sekadar Lakonan Untuk Menyedapkan Hati Sya??
Selepas 3tahun Baru Sekarang Dia Balik N Contact Sya..

Well...
Korang Jangan Pula Terpengaruh Tau Dengan Cite Tu..
Memang Ni Kisah Benar Tapi Sekadar Berkongsi..Orang Cakap Cinta Pertama Susah Nak Di Lupakan..
Ermm..Can't Agree More..Hehehe


  • Permandangan KL dari umah di waktu malam..(cantik gak kan..hehehe)

Sekarang Saya Dah Mula Belajar Hidup Di Perantauan..
Sya Dah Tukar Alamat..AlamAt Kl Dah..Hehehe
Susah Gak Bila First Time Belajar Duk Umah Sewa Kan..Selama Ini Duk Hostel Je..Tak Penah Ada Chance Nak Duk Umah Sewa..

  • Bersama housemate aka tuan rumah yang teramat sporting..hehehe

  • Bersama teman sekerja (n da best part..she's terengganuian..betul ke tu??ntah..hehehe)

Walaupun Kerja Sekarang Dah Ada..Tapi Still Tengah Cari Kerja Lain Juga..
Nak Juga Jawatan Chemist..Jawatan Impian Dalam Hidup..Hehehe
Stakat Ni Dulu Lah Ye Sya Cite..
Penat Pula Taip Panjang2 Bila Dah Lama Tak Post..Hehehe
Doakan Sya Berjaya Dalam Mengejar Impian Ek..Thanz.. =)

C U Next Edition..(Macam Tulis Buku Plak).. =P

p/s: sya dah nak konvo tau awal bulan Oktober..doa kan semoga semuanya berjalan lancar ek.. (dah macam nak g majlis kahwin pl..hehehe)



Saturday, 11 June 2011

Cerita Tunang dan Kahwin..

Saya cuma nak berkongsi apa yang saya jumpa dlm blog lain..dan pengalaman kami hmpr sm..jom kte tgk apa dia cte k..

"Rahsiakan Pertunangan, Hebahkan Pernikahan 

Saya rasa terpanggil untuk menulis entri ini setelah berlaku sedikit kekecohan sejak beberapa hari yang lalu. Alkisahnya, timbul kisah seorang sahabat lama saya yang sudah melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas, tetapi majlis walimah belum dilangsungkan. Malahan, saya sendiri tidak mengetahui yang beliau sudah pun berkahwin, dan saya hanya mengetahuinya melalui seorang sahabat rapatnya.

Pada awalnya, saya sendiri agak terkilan kerana tidak diberitahu akan pernikahan beliau. Saya lebih suka jika beliau sendiri memaklumkan kepada saya tentang itu.



Atas dasar sahabat, saya dengan rasa tanggungjawab menghebahkan kepada rakan-rakan yang lain bahawa beliau sudah bernikah. Semua ini demi mengelakkan fitnah jika ada yang ternampak beliau dengan lelaki yang disangka lelaki ajnabi, sedangkan mereka sudah halal.

Saya dan beliau merupakan sahabat lama di sekolah menengah dahulu, dan akhirnya Allah menemukan kami di universiti yang sama. Di awal zaman universiti, saya pernah beberapa kali bertemu dengan beliau dan berbual. Nama sahaja satu universiti, tetapi peluang untuk berjumpa agak sukar. Sekarang, kami sama-sama berada di semester akhir.

Baru-baru ini, saya terserempak dengan beliau dari jauh. Kelihatannya ada seorang lelaki di sebelah. Kedudukan mereka agak rapat antara satu sama lain. Wajahnya juga lebih berseri daripada biasa.  


"Mesti husband dia." kata saya dalam hati. 


Saya hanya tersenyum lebar dan melambai-lambai ke arahnya. Niat di hati ingin bertegur sapa dan berborak panjang, tetapi apakan daya ketika itu saya bersama seorang rakan lain yang ingin makan tengahari bersama-sama saya di kafe. 

Namun, jika berita perkahwinannya belum sampai ke telinga saya, agak-agak apa yang akan terlintas di hati saya?


"Eh, dia dengan siapa tu? Pakwe kot. Ish, takkan dengan pakwe? Dia kan orang baik-baik?"


Nah, anda boleh menilai dua situasi berbeza di sini. Situasi kedua sudah terang-terangan menimbulkan syak wasangka dan ragu-ragu di dalam hati. Perkahwinan bukan semata-mata untuk menghalalkan hubungan kelamin antara lelaki dan wanita, ia juga untuk mengelakkan fitnah manusia. 

Tetapi, jika perkahwinan juga tidak mampu mengelakkan fitnah, apa pula ceritanya?

Dan kerana itulah, Rasulullah ada menyebut dalam satu hadis di mana, majlis walimah atau kenduri kahwin adalah sunat muakkad. Bererti, sunat yang sangat dituntut. Majlis walimah juga berfungsi untuk menghebahkan sesuatu perkahwinan, agar tidak timbul fitnah jika ada yang melihat mereka berdua-duaan.

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin:


"Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Terdapat juga beberapa hadis lain menceritakan perihal mengadakan majlis walimah. Anda boleh rujuk sini. Berbeza dengan majlis pertunangan, disebut sendiri oleh Rasulullah S.A.W agar tidak menguar-uarkan pertunangan.


"Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) perkahwinan."
(Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)


Saya ingin memetik sedikit kata-kata Ustaz Hasrizal (rujuk di sini):

"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."


Mungkin beliau ada sebab tersendiri. Terserah kepada beliau. Saya berdoa semoga kehidupan berkeluarganya di rahmati Allah sentiasa. Tidak lupa juga kepada anda, semoga semua yang membaca mendapat input yang berguna.


P/s: tunang diam-diam, kahwin sebar-sebarkan. :)"

diadaptasi dari blog  http://hanyasitikhadijah.blogspot.com/2011/03/rahsiakan-pertunangan-hebahkan.html?spref=fb

kisah saya pula berlaku apb rumate ms matrik tunang dlm diam..kwn2 satu kos dgn dia pn xtau..sedih tp alhamdulillah dia jemput pg kenduri..tp sy pl xdpt pg..kpd SITI MUSLIHA..maaf xdpt hadir walimah..n selamat pengatin baru..cepat2 lah dpt anak..




tidak lupa jg kepada WAN NURUL AIN AQILAH, RAJA FITRIYANI dan SITI SHUHADA.. (gambar diatas k)..
TAHNIAH juga buat kalian dan selamat pengatin baru.. =)