Saturday, 11 June 2011

Cerita Tunang dan Kahwin..

Saya cuma nak berkongsi apa yang saya jumpa dlm blog lain..dan pengalaman kami hmpr sm..jom kte tgk apa dia cte k..

"Rahsiakan Pertunangan, Hebahkan Pernikahan 

Saya rasa terpanggil untuk menulis entri ini setelah berlaku sedikit kekecohan sejak beberapa hari yang lalu. Alkisahnya, timbul kisah seorang sahabat lama saya yang sudah melangsungkan perkahwinan pada tahun lepas, tetapi majlis walimah belum dilangsungkan. Malahan, saya sendiri tidak mengetahui yang beliau sudah pun berkahwin, dan saya hanya mengetahuinya melalui seorang sahabat rapatnya.

Pada awalnya, saya sendiri agak terkilan kerana tidak diberitahu akan pernikahan beliau. Saya lebih suka jika beliau sendiri memaklumkan kepada saya tentang itu.



Atas dasar sahabat, saya dengan rasa tanggungjawab menghebahkan kepada rakan-rakan yang lain bahawa beliau sudah bernikah. Semua ini demi mengelakkan fitnah jika ada yang ternampak beliau dengan lelaki yang disangka lelaki ajnabi, sedangkan mereka sudah halal.

Saya dan beliau merupakan sahabat lama di sekolah menengah dahulu, dan akhirnya Allah menemukan kami di universiti yang sama. Di awal zaman universiti, saya pernah beberapa kali bertemu dengan beliau dan berbual. Nama sahaja satu universiti, tetapi peluang untuk berjumpa agak sukar. Sekarang, kami sama-sama berada di semester akhir.

Baru-baru ini, saya terserempak dengan beliau dari jauh. Kelihatannya ada seorang lelaki di sebelah. Kedudukan mereka agak rapat antara satu sama lain. Wajahnya juga lebih berseri daripada biasa.  


"Mesti husband dia." kata saya dalam hati. 


Saya hanya tersenyum lebar dan melambai-lambai ke arahnya. Niat di hati ingin bertegur sapa dan berborak panjang, tetapi apakan daya ketika itu saya bersama seorang rakan lain yang ingin makan tengahari bersama-sama saya di kafe. 

Namun, jika berita perkahwinannya belum sampai ke telinga saya, agak-agak apa yang akan terlintas di hati saya?


"Eh, dia dengan siapa tu? Pakwe kot. Ish, takkan dengan pakwe? Dia kan orang baik-baik?"


Nah, anda boleh menilai dua situasi berbeza di sini. Situasi kedua sudah terang-terangan menimbulkan syak wasangka dan ragu-ragu di dalam hati. Perkahwinan bukan semata-mata untuk menghalalkan hubungan kelamin antara lelaki dan wanita, ia juga untuk mengelakkan fitnah manusia. 

Tetapi, jika perkahwinan juga tidak mampu mengelakkan fitnah, apa pula ceritanya?

Dan kerana itulah, Rasulullah ada menyebut dalam satu hadis di mana, majlis walimah atau kenduri kahwin adalah sunat muakkad. Bererti, sunat yang sangat dituntut. Majlis walimah juga berfungsi untuk menghebahkan sesuatu perkahwinan, agar tidak timbul fitnah jika ada yang melihat mereka berdua-duaan.

Sabda Rasulullah S.A.W kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin:


"Semoga Allah memberkatimu, adakanlah walimah walaupun hanya dengan menyembelih seekor kambing."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Terdapat juga beberapa hadis lain menceritakan perihal mengadakan majlis walimah. Anda boleh rujuk sini. Berbeza dengan majlis pertunangan, disebut sendiri oleh Rasulullah S.A.W agar tidak menguar-uarkan pertunangan.


"Rahsiakan pertunangan, dan iklankan (maklumkan) perkahwinan."
(Hadis riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair)


Saya ingin memetik sedikit kata-kata Ustaz Hasrizal (rujuk di sini):

"Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan. Namun ulama' menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-'Adawi 'ala Sharh Mukhtasar Khalil."


Mungkin beliau ada sebab tersendiri. Terserah kepada beliau. Saya berdoa semoga kehidupan berkeluarganya di rahmati Allah sentiasa. Tidak lupa juga kepada anda, semoga semua yang membaca mendapat input yang berguna.


P/s: tunang diam-diam, kahwin sebar-sebarkan. :)"

diadaptasi dari blog  http://hanyasitikhadijah.blogspot.com/2011/03/rahsiakan-pertunangan-hebahkan.html?spref=fb

kisah saya pula berlaku apb rumate ms matrik tunang dlm diam..kwn2 satu kos dgn dia pn xtau..sedih tp alhamdulillah dia jemput pg kenduri..tp sy pl xdpt pg..kpd SITI MUSLIHA..maaf xdpt hadir walimah..n selamat pengatin baru..cepat2 lah dpt anak..




tidak lupa jg kepada WAN NURUL AIN AQILAH, RAJA FITRIYANI dan SITI SHUHADA.. (gambar diatas k)..
TAHNIAH juga buat kalian dan selamat pengatin baru.. =)


Friday, 20 May 2011

JOM JENGUK2..HEHE


Salam & Selamat Sejahtera Semua...
Terasa ingin menulis pula malam ni..bosan duk rumah salah satu factor..
Rindu pula zaman yang sibuk & terlalu sibuk dengan semua benda....
First year sibuk nk suaikan diri, sambil belajar cara hidup sebagai pelajar IPT kononnya..hehehe..bnyk men2 gak..muka pun macam budak sekolah..
Lucunya sampai ada org tanya..xsekolah ke hari ni???hehehe..lawak...

  

Wajah2 Bsc. Environmental & Analytical Chemistry UMT batch 2008/2011


 Sempat lagi bergambar dalam lab ni..hehehe

p/s: to be continue..penat lama2..hehehe

Tuesday, 17 May 2011

AVATAR.....


Tak nak cakap apa-apa..biar apa yang ada dalam gambar ini menceritakan semuanya..huhuhu


Sepatutnya mula2 buat blog lagi patut knal kan dri dl kan..hehehe
Ini sebahagian cerita atau ringkasan pasal diri ini..
Semoga lepas ni kawan2 boleh trus menyokong diri ini..

Lagipun dah lama sgt x update blog..
Kesibukan dengan Final Year Project (FYP) memng terbukti..
Alhamdulillah sekarang menanti hari konvokesyen sahaja..
Doa kan yang terbaik buat sya dan kawan2 seperjuangan..
Gonna miss u guys a lot after dis.....~~~~
Sape2 ada nk bg kerja kosong contact2 k..hehehe

Friday, 4 March 2011

ANIME APA KORANG SUKA???

 ANIME APA KORANG SUKA???
Orang cakap bila kte slalu tgk anime..otak akn jd mcm bdk2..btul ke??

Mcm x betul je..hehehe..sya slalu je tgk anime mcm naruto, bleach, one piece n fairy tail...
Stp cte drpd episode yg ada unsure yg menyentuh hati kan..dalam kte sedar atau tak..
Kadang2 tb2 je ngs tgk anime...nk2 naruto..hehehe..nsb bek lh tgk sorg je..huhuhu..
Bnyk unsur yg menyentuh hati..skrg lg lh..
bila naruto dh mula diterima masyarakat konoha..hehe
Sedih bila kte tau org yg kte syg sedang m’khianati kte tanpa kte sedari kn..
Dalam kte cub aunt slmt kn dia, ada pl pihak yg cuba untuk musnahkan harapan kte tu..
Bnyk unsure positive yg kte bleh dapat sebenarnya dalam cte anime..
Nk2 mcm mn kte d hargai bl kte hargai kwn sekeliling kte..
Bagaimana dendam dan hasad dengki hanya m’bw kepada permusuhan dan kemusnahan..
Bukan hanya pd dri kte tp juga kpd org d sekeliling kte..
Bnyk benda yang berlaku dalam dunia ni berlaku tanpa kte sedari..
sama kte nmpk atau x je..
Tb2 dh jd serius pl ckp nya kn..hehehe
Tp semua ini adalah hakikat kehidupan yang harus kte telan dlm nk atau x..

Tuesday, 1 March 2011

SALAM PERKENALAN~~

SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA~~
Sebenarnya tak sangka akan buat juga blog ni satu hari nanti..hehehe
Tiba-tiba buat kan..
Dah lah tengah wat assignment kimia cat & penglitup dengan dua budak nakal ni..
Linda & Iza..hehehe
Bsok first group untuk present..
Best of luck all~~hehehe
Nanti sya upodate lagi ek..first post in life =)