Bagaimana
nak mengenal pasangan anda?? Islam menyediakan sebuah proses perkenalan
menuju pernikahan iaitu taaruf. Tahukah apakah yang perlu diungkapkan
kepada calon pasangan dalam taaruf? Di bawah adalah sedikit tips untuk memilih calon
suami anda..
1.) Keadaan Keluarga
Jelaskan kepada calon pasangan
tentang anggota keluarga masing-masing. Contohnya jumlah anggota keluarga,
pendidikan, anak ke berapa?
“Pilihlah calon suami/isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh
keturunan itu sangat kuat.“ ~ (HR. Abu Daud)
2.) Harapan dan Prinsip Hidup
Setiap calon pasangan harus
mengetahui harapan dan prinsip hidup masing-masing. Terutamanya si suami kerana
dia adalah qowwam dalam keluarga. Kita boleh menggunakan bahasa lebih
lembut seperti: “Apa yang kamu
rancang bila sudah berkahwin nanti?”
3.) Kesukaan dan Perkara Yang Tidak Di Sukai
Dari awal sebaiknya dijelaskan
apa yang disukai, atau apa yang kurang disukai. Dalam pelayaran rumah tangga
perlu saling mengerti. Namun harus diingat bahawa perkahwinan itu bukan untuk
merubah pasangan. Namun ia juga bukan untuk terus bersikap seolah-olah belum
berkahwin.
4.) Ketaqwaan calon pasangan
Paling penting sekali dalam
mengenali calon pasangan adalah nilai ketaqwaan lelaki tersebut. Ketaatan pada
Allah menjamin kebahagiaan bahtera keluarga. Kerana apabila seseorang lelaki
senang, dia akan menghormati isterinya dan jika dia tidak menyenanginya tidak
pula dia berlaku zalim pada isterinya.
Tapi bagaimana mengenalpasti
ketaqwaan lelaki itu?? Mudah sahaja. Bertanyakan kepada orang yang dekat dengan
dirinya, misalnya sahabat, atau saudara tentang ketaatannya menjalankan
ketentuan yang menjadi rukun iman dan rukun islam.
P/s: Apatah lagi bila lelaki itu juga
rajin melakukan ibadah sunat, nampaknya anda tidak perlu lagi
tawar-menawar untuk memilih pasangan bahtera anda. Semoga kita berjaya mendapat
suami yang soleh dan diberkati kehidupannya di dunia mahupun di akhirat.
Insyaallah yea. Amin.. 
No comments:
Post a Comment