Saturday, 18 February 2012

2012 & Cabarannya......



Salam & Selamat Petang Semua……



Fuh..lama dah tak update blog..hari ini ada kesempatan skit..alhamdulillah…

Ni first update nampaknya untuk tahun 2012..nombor ni cantik kan..hehehe..macam akan ada sesuatu yang menarik je akan jadikan..

Well..hope tak terlambat nak wish pd semua.. Happy New Year to all…

Terima kasih atas sokongan kalian sepanjang tahun 2011 walaupun sya ni pemalas skit (oppss..rasa macam malas banyak..hehehe)….

Nampak macam ramai ske bila sya share info2 ni..hehehehe..kna  cari banyak ni..

Sebagai permulaan untuk sesi 2012..ada surveniour buat semua..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gambar konvo sya..hehehe..macam best je wat macam ni…
Doakan sya cepat2 dapat kerja yang dalam lab macam masa study..bila duk dalam lab je sya rajin..hehe
Enjoy it guys…..and gurls… :)



Malam Alumni..bsoknya kul8 dah kna ada kat dewan..huhuhu


Sebelum masuk dewan..sempat lagi posing..hehehe

Antara rakan seperjuangan untuk 3tahun..dunia pelajar kimia J


Jom baling topi..huhu


Eh..mana satu topi sya ek..hehehe

Detik2 semasa menerima skrol.. J

Dah selesai turn sya..hehehe :)

Bersama YDP MPP..a.k.a. best friend yg t’best..hehehe

Diapit geng pink..hehehe

Hadiah paling ske..hehehe..first time dapat bunga katakana..hehehe

Bersama geng2 dalam team kebudayaan yg sya join..huhu




Tuesday, 11 October 2011

4 Tips Memilih Calon Suami




Bagaimana nak mengenal pasangan anda?? Islam menyediakan sebuah proses perkenalan menuju pernikahan iaitu taaruf. Tahukah apakah yang perlu diungkapkan kepada calon pasangan dalam taaruf? Di bawah adalah sedikit tips untuk memilih calon suami anda..

1.) Keadaan Keluarga

Jelaskan kepada calon pasangan tentang anggota keluarga masing-masing. Contohnya jumlah anggota keluarga, pendidikan, anak ke berapa?

“Pilihlah calon suami/isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat. ~ (HR. Abu Daud)

2.) Harapan dan Prinsip Hidup

Setiap calon pasangan harus mengetahui harapan dan prinsip hidup masing-masing. Terutamanya si suami kerana dia adalah qowwam dalam keluarga. Kita boleh menggunakan bahasa lebih lembut seperti: “Apa yang kamu rancang bila sudah berkahwin nanti?”

3.) Kesukaan dan Perkara Yang Tidak Di Sukai

Dari awal sebaiknya dijelaskan apa yang disukai, atau apa yang kurang disukai. Dalam pelayaran rumah tangga perlu saling mengerti. Namun harus diingat bahawa perkahwinan itu bukan untuk merubah pasangan. Namun ia juga bukan untuk terus bersikap seolah-olah belum berkahwin.

4.) Ketaqwaan calon pasangan

Paling penting sekali dalam mengenali calon pasangan adalah nilai ketaqwaan lelaki tersebut. Ketaatan pada Allah menjamin kebahagiaan bahtera keluarga. Kerana apabila seseorang lelaki senang, dia akan menghormati isterinya dan jika dia tidak menyenanginya tidak pula dia berlaku zalim pada isterinya.

Tapi bagaimana mengenalpasti ketaqwaan lelaki itu?? Mudah sahaja. Bertanyakan kepada orang yang dekat dengan dirinya, misalnya sahabat, atau saudara tentang ketaatannya menjalankan ketentuan yang menjadi rukun iman dan rukun islam.




P/s: Apatah lagi bila lelaki itu juga rajin  melakukan ibadah sunat, nampaknya anda tidak perlu lagi tawar-menawar untuk memilih pasangan bahtera anda. Semoga kita berjaya mendapat suami yang soleh dan diberkati kehidupannya di dunia mahupun di akhirat. Insyaallah yea. Amin.. icon smile 4 Tips Memilih Calon Suami